An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Amanat Tun Dr. Mahathir di Seminar Perdana “Perpaduan Sebagai Asas Pembangunan”

Amanat Tun Dr. Mahathir di Seminar Perdana “Perpaduan Sebagai Asas Pembangunan”

Tentang Perpaduan
Menyebut tentang perpaduan, saya percaya semua kita faham adalah lebih baik daripada berpecah belah dan tidak pernah kejayaan dicapai apabila sesuatu kumpulan berpecah sesama sendiri sehingga tidak dapat mengemukakan cadangan yang sama untuk pengikut mereka.

Tentang Merdeka
Merdeka bagi kita adalah satu perkara biasa dan kita anggap ini adalah hak kita dan kita tidak perlu membincang tentang pengekalan kemerdekaan, tapi kita harus ingat apabila kita berpecah kita masih lagi boleh hilang kemerdekaan kita samada secara langsung atau tidak langsung, sebaliknya jika kita bersatu saya yakin kita akan mencapai kejayaan dalam apa jua usaha yang kita lakukan.

Tentang Kesedaran Ketika Penjajahan British
Tetapi timbul kesedaran dikalangan orang-orang Melayu pada ketika itu, jumlah mereka tidak ramai hanya 2.5 juta sahaja yang ada di semenanjung termasuk Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, jumlah orang Melayu hanya 2.5 juta daripada 5 juta penduduk semenanjung negara kita ini dan jelas sekali bahawa mereka hampir menjadi golongan minoriti di dalam negara ini tetapi pada ketika itu timbul kesedaran bahawa walaupun mereka lemah dari segala aspek tetapi mereka mampu bersatu padu untuk menentang British, sebab itulah mereka berkumpul di Kuala Lumpur dan pada bulan Mei 1946 dan mereka menubuhkan sebuah parti untuk orang Melayu.

Tentang Hak Bumiputera
Kalau kita fikir tentang hak sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, apakah jenis dasar dan pendekatan yang akan digunakan oleh Malayan Union yang merdeka. Sukar bagi kita memikirkannya, tetapi percayalah, dalam Malayan Union, kita tidak boleh menubuhkan badan seperti MARA kerana kita mempunyai hak sama rata sebaliknya MARA ini adalah tertumpu kepada orang Melayu dan bumiputera.

Tentang Keseimbangan Kaum
Kalau kita ingin mengimbangkan kaum-kaum di dalam negara kita ini kita boleh melakukan tiga perkara salah satunya adalah mereka yang maju harus disekat kemajuan mereka, orang yang maju mesti dirampas harta mereka dan dipindahkan kepada yang miskin supaya keadaan mereka akan menjadi sama rata.

Tentang Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru bukan sahaja memihak kepada orang Melayu dan bumiputera, malah memihak kepada orang bukan Melayu dengan menjaga kepentingan mereka supaya mereka tidak hilang apa-apa kerana perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Tetapi Dasar Ekonomi Baru ini sememangnya berjaya untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum di negara kita ini.

Tentang Senario Masa Kini
Sudah tentu dalam negara yang merdeka yang dituntut sekarang ini, maka tidak ada tempat bagi kita sama sekali di dalam negara ini walaupun kita menjadi puak majoriti tetapi majoriti sudah tidak berkesan lagi kerana mereka sudah tidak bersatu padu.

Tun Mahathir dikerumuni warga UiTM

Tags:

0 comments to "Amanat Tun Dr. Mahathir di Seminar Perdana “Perpaduan Sebagai Asas Pembangunan”"

Leave a comment