An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � ‘Cuti Musim Panas’: Lihat sudut positifnya

‘Cuti Musim Panas’: Lihat sudut positifnya

SHAH ALAM: Para penuntut dan warga universiti awam khususnya gempar dengan berita penyelarasan kalendar akademik tahunan yang telah diputuskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini.

Banyak maklum balas serta pendapat positif dan negatif diterima mengenai penyelarasan tersebut sehingga timbulnya nama ‘cuti musim panas’ yang lebih sinonim dengan universiti-universiti di luar negara.

Menurut fakta, tujuan penyelarasan ini adalah untuk menarik minat pelajar dari universiti-universiti di seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia serta memberi kemudahan kepada para pelajar tempatan untuk menjalankan latihan industri supaya tidak perlu melakukannya ketika semester baru bermula.

Seperti yang dijadualkan, ‘cuti musim panas’ ini akan bermula pada bulan Mei dan berakhir pada bulan September dan memakan masa selama empat bulan.
 
Jadual Baru UiTM
 

Tags:

0 comments to "‘Cuti Musim Panas’: Lihat sudut positifnya"

Leave a comment