An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Kebebasan bersuara, UiTM dan pelajar untung

Kebebasan bersuara, UiTM dan pelajar untung

SHAH ALAM: Kebebasan bersuara dalam kalangan mahasiswa universiti pada masa kini lebih terbuka dan dilihat sebagai satu langkah positif bagi melahirkan generasi muda berintelektual tinggi, berpandangan kritis serta mempunyai keperibadian dinamik bagi menjamin survival mereka pada masa akan datang.

Peka akan hak kebebasan bersuara dalam kalangan mahasiswa, pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) bahagian Pusat Kegiatan Pelajar dengan kerjasama Persatuan Pidato Bahasa Inggeris UiTM telah mewujudkan Program Sudut Pidato yang menyediakan platform khas bagi memberi peluang kepada pelajar UiTM untuk menyuarakan pendapat serta pandangan mereka.

Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengingatkan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti pidato agar mematuhi segala peraturan yang telah diperuntukkan oleh pihak UiTM dan mengelakkan daripada membincangkan perkara yang menyentuh sensitiviti perkauman, agama, politik serta perkara yang boleh menganggu gugat keharmonian di negara ini.

Perasmian 'Speaker's Corner"

Tags:

0 comments to "Kebebasan bersuara, UiTM dan pelajar untung"

Leave a comment