An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Dekorasi bilik kecil bagi pelajar NR

Dekorasi bilik kecil bagi pelajar NR

Bagaimana hendak menghias sebuah bilik kecil untuk menjadi lebih kemas, ceria dan selesa mengikut citarasa tersendiri?

Menghias bilik kecil umpama menghias sebuah almari kerana ruangnya yang terhad.

Bagi pelajar-pelajar yang menyewa bilik, mereka pasti mahukan sebuah bilik yang boleh memberi ketenangan minda dan mata bagi membolehkan mereka belajar dan tidur dalam keadaan yang selesa.

Menurut Sharifah Nuraini, pelajar semester empat, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, menghias bilik kecil tidak menjadi masalah kerana ia adalah perkara mudah dan tidak memakan masa dan wang yang banyak.

“Saya menghias bilik hanya dengan menggunakan poster-poster yang tidak lagi digunakan di fakulti jadi ia tidak menelan belanja langsung. Walaupun hanya duduk dalam jangka masa yang singkat, keselesaan buat diri sendiri lebih penting,” katanya.
 
Gambar Hiasan
 

Tags:

0 comments to "Dekorasi bilik kecil bagi pelajar NR"

Leave a comment