An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Dobi menjadi pilihan pelajar UiTM

Dobi menjadi pilihan pelajar UiTM

SHAH ALAM: Akibat kesuntukan masa para pelajar masa kini lebih gemar memilih perkhidmatan dobi sebagai alternatif mereka untuk membasuh pakaian.

Menurut Mohd Afiq Ahmed, pelajar jurusan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Melaka berkata, dia lebih gemar menghantar pakaian ke kedai dobi berbanding membasuhnya sendiri kerana lebih mudah dan senang tanpa perlu berpenat lelah membasuhnya.

“Di sini (di kawasan universiti) ada menyediakan khidmat cucian dobi di bawah Kolej Dang Anum dengan serendah RM2 sekilogram.

“Jadi, kami tidak perlu bersusah-payah membasuhnya sendiri memandangkan perkhidmatan mesin berbayar di bawah hostel yang kami menginap, mengalami kerosakan dan sekaligus memilih perkhidmatan ini sebagai cara yang mudah,” katanya.

Gambar Hiasan

Tags:

0 comments to "Dobi menjadi pilihan pelajar UiTM"

Leave a comment