An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Eskpo dibanjiri penyambung nusa bangsa

Eskpo dibanjiri penyambung nusa bangsa

SHAH ALAM: Sesak. Itu keadaan yang dapat digambarkan apabila orang ramai berpusu-pusu mengunjungi Ekspo Selangkah ke UiTM yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada 26 dan 27 Mac 2011.

Ekspo yang diadakan selama dua hari itu menawarkan pelbagai informasi dan peluang kepada bakal mahasiswa untuk mengetahui hala tuju mereka terutamanya bagi lepasan SPM, STPM, dan Matrikulasi.

Menurut Urusetia Ekspo, Che Nur Amalina Syazwani, 22, objektif utama ekspo ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada bakal mahasiswa tentang hala tuju akademik mereka.

“Ekspo Selangkah ke UiTM juga bertujuan memberi informasi kepada bakal mahasiswa supaya bidang yang mereka bakal ceburi bersesuaian dengan kelayakan yang mereka ada,” ujar Che Nur Amalina.

Pelajar lepasan SPM, Nur Izzati Omar, 18, menyifatkan Ekspo Selangkah ke UiTM sebagai medan informasi untuk bakal mahasiswa mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keistimewaan bidang-bidang yang bakal mereka ceburi.

Keadaan orang ramai berpusus-pusu mendapatkan maklumat

Meriah suasana ekspo di DATC

Tags:

0 comments to "Eskpo dibanjiri penyambung nusa bangsa"

Leave a comment