An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � UiTM pembuka tirai ‘Cintakan Kedamaian’

UiTM pembuka tirai ‘Cintakan Kedamaian’

SHAH ALAM:  Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dipilih sebagai destinasi pertama persinggahan bagi Konsert Jelajah Koir Kebangsaan “Cintakan Kedamaian” 2011 ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan tanah air dan memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang muzik.
 
Konsert yang diadakan pada 9 April 2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM berlangsung dengan penuh gilang gemilang dan disempurnakan oleh  Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Kamaruddin Siaraf, Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat UiTM Prof Madya Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman yang mewakili Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Datuk Norliza Rofli.
 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dalam ucaptama perasmiannya yang disiarkan melalui rakaman montaj berkata konsert Jelajah Koir Kebangsaan adalah penting ke arah melahirkan generasi bertamadun dalam seni dan kebudayaan.
 
Beliau juga berkata melalui kerjasama seperti ini dapat meningkatkan tahap penilaian budi bahasa dan nilai murni yang seharusnya ditanam dalam semangat dan perjuangan hidup generasi muda terutamanya mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi di negara ini.
 
Barisan koir hebat

Aktif menyemai semangat cinta kedamaian
 

Tags:

0 comments to "UiTM pembuka tirai ‘Cintakan Kedamaian’"

Leave a comment