An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Hobi pelik tukar telefon bimbit pintar

Hobi pelik tukar telefon bimbit pintar

SHAH ALAM: Hobi yang pelik tetapi menarik pensyarah pengiklanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Suhaimee Saahar @ Saabar yang suka menukar telefon bimbit pintar dalam masa yang singkat dengan modal wang yang berpatutan.
 
Suhaimee berkongsi kepada Jurnalis Shah Alam tentang pengalamannya pada tahun lepas, beliau telah berhabis hampir RM5000 untuk membeli telefon bimbit pintar yang digemarinya.

“Paling teruk tahun lepas saya berbelanja lebih kurang RM5000 untuk tukar telefon bimbit baru, dan tahun lepas juga saya telah tukar telefon bimbit hampir 10 kali.

“Ramai orang kata membazir tapi mereka tidak tahu bahawa saya menggunakan teknik “trading”, saya jual telefon bimbit saya kepada kawan ataupun di mudah.com.

“Saya iklankan di mudah.com dalam beberapa hari mesti ada pembeli yang akan telefon atau SMS saya untuk membeli, saya akan jual telefon bimbit itu, apabila dapat duit saya beli telefon bimbit baru dan saya hanya perlu tambah duit sedikit sahaja untuk membeli telefon baru,” katanya.


Antara telefon-telefon bimbit yang pernah digunakan

Tags:

0 comments to "Hobi pelik tukar telefon bimbit pintar"

Leave a comment