An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Perniagaan di laman sesawang

Perniagaan di laman sesawang

SHAH ALAM: Permulaan sebagai hobi kini telah menjadi salah satu sumber pendapatan kepada orang masa kini yang lebih gemar menggunakan laman sesawang sebagai medium menjalankan perniagaan.

Perniagaan melalui blog, Facebook, Tumbler dan sebagainya laman sesawang yang wujud kini menjadi satu aktiviti perniagaan yang hangat dalam alam maya.

Seorang pelajar kursus Ijazah Sains Komputer, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Zatil Aina Zaki, 22, aktif dalam perniagaan dalam laman sesawang yang menjual pelbagai jenis pakaian dan bagasi buatan tangan yang mengikut citarasa orang pada masa kini.

“Banyak perniagaan dalam laman sesawang yang saya lihat telah berjaya dan melalui situ saya mempunyai idea yang tersendiri untuk turut memulakan perniagaan dalam laman sesawang serta memberi kelainan berbanding dengan perniagaan yang lain dan nama yang diberi dalam perniagaan ini ialah ‘Hidup Untuk Bagasi’ yang mempunyai maka yang tersendiri bersesuaian dengan jenis perniagaan yang dijalankan,” kata Aina ketika ditemu ramah.

Perniagaan ini bermula dengan hobi yang gemar menjahit dan mereka pelbagai jenis corak dan gambar pada baju dan kini Aina ingin meluaskannya lagi dengan perniagaan dalam laman sesawang di mana pelanggan tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk ke sana sini membeli sesuatu barangan. 
 
Gelang tangan

Beg kecil
 

Tags:

0 comments to "Perniagaan di laman sesawang"

Leave a comment