An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Kadar jenayah berkurangan di kawasan Seksyen 7

Kadar jenayah berkurangan di kawasan Seksyen 7

SHAH ALAM: Kes jenayah di kawasan Seksyen 7 kini berkurangan daripada 60 peratus ke 25 peratus dengan adanya Balai Polis Komuniti yang dibina di kawasan Pusat Komersial.

Menurut Sarjan Jefri Mohd Zain, 48 , yang merupakan Ketua Balai Polis Komuniti Seksyen 7, sebelum ini kawasan ini dikenali sebagai ‘kawasan hitam’ di sekitar kawasan U 10 dan Seksyen 10 yang dikawal Balai Polis Seksyen 6 kini sudah bersih dan jenayah makin berkurangan.


Sarjan Jefri Mohd Zain, 48
 “Selama tiga tahun saya berada di sini, kelihatan majoriti penduduk di kawasan Pusat Komersial dan Wisma Jakel didiami para pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM ) dan Universiti Industri Selangor (UNISEL),” kata Jefri.

Sebelum ini, kawasan Seksyen 7 mengalami masalah jenayah seperti kes ragut, kes rogol, merompak dan aktiviti-aktiviti sosial yang tidak sihat, namun segala gejala ini mampu diatasi dan makin berkurangan dari hari ke hari.

Tags:

0 comments to "Kadar jenayah berkurangan di kawasan Seksyen 7"

Leave a comment