An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Gas meletup: Pelajar UiTM tidak sempat makan malam

Gas meletup: Pelajar UiTM tidak sempat makan malam

SHAH ALAM: Hajat lapan orang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam untuk makan malam tidak kesampaian apabila tong gas yang digunakan untuk memasak meletup secara tiba-tiba pada 18 Januari lalu, jam 8 malam di sini.

“Saya baru hendak mula memasak, tiba-tiba gas tersebut meletup,” kata Nurul Hanani, 22, pelajar daripada jurusan Ukur Bahan.

Salah seorang penghuni, bekas pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Pengiklanan) Nor Aida Jalil, 23, memberitahu mereka lambat menerima bantuan ketika kejadian berlaku.


Keadaan dapur rumah pelajar yang rosak akibat kerosakan.
“Kami meminta tolong orang ramai yang berada di restoran bawah rumah kami dan juga orang ramai yang berada di kafe siber, namun mereka langsung tidak mengambil peduli dan menyangka kami main-main,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi bekas pelajar UiTM Farahani Haini, 23, memaklumkan bahawa anggota bomba dari Seksyen 15, Shah Alam mengambil masa setengah jam untuk tiba sebelum api berjaya dipadamkan 10 minit kemudian.

Menurutnya lagi, pihak bomba mengesahkan punca tong gas meletup kerana tiada klip pada paip yang disambungkan kepada tong gas.

Dapur semak akibat tong gas meletup

Tags:

0 comments to "Gas meletup: Pelajar UiTM tidak sempat makan malam"

Leave a comment