Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencipta kalendar 2011 yang bukan saja bertujuan untuk menyemak tarikh dan hari tetapi ia direka sebagai medium untuk menyedarkan pelajar dan kakitangan UiTM mengenai erti sebenar kehidupan dengan mutiara kata hikmah yang menusuk jiwa pembaca.
Jabatan Komunikasi Korporat berasa bertanggungjawab menerbitkan idea dan konsep kalendar pada tahun ini dengan rekaan yang berpandukan tagline 'Mengubah Destini Anak Bangsa’ (MDAB) bagi menyokong sepenuhnya usaha Naib Canselor untuk membantu anak bumiputera menjadikan kehidupan mereka lebih sempurna daripada kehidupan yang sebelumnya.
Koordinator Korporat Penerbitan, Encik Azhar Ab. Wahab |
0 comments to "Kalendar Bukan Sekadar Hiasan"