An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � UiTM gagah mempertahankan warisan bangsa

UiTM gagah mempertahankan warisan bangsa

SHAH ALAM: “Kelangsungan agama, bangsa, dan negara terletak di tangan anak-anak sekalian!,” itu antara kata-kata hikmat Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM)  Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol kepada pelajar-pelajar  yang menjadi saksi pada Wacana Cinta Agama, Bangsa dan Negara 24 Februari 2011 yang lalu.
 
Beliau menambah, dalam memartabatkan bangsa, kesedaran dan peranan yang boleh dimainkan merupakan faktor penting bagi membuatkan sesebuah bangsa itu dihormati oleh kaum yang lain.
 
UiTM komited dalam memainkan peranan dan merupakan platform utama dalam memastikan ‘survival bangsa melayu’ terjamin.
 
Bumiputera selaku kaum majoriti iaitu mewakili 66 peratus berbanding 34.2 peratus yang diwakili bangsa lain tidak dapat menjamin kaum bumiputera sebagai kaum yang mutlak.
 
Singapura merupakan contoh terbaik dimana bangsa Melayu merupakan kaum majoriti namun terlepas ke tangan kaum bukan bumiputera disebabkan ketidakpekaan terhadap survival sesuatu bangsa itu sendiri.
Gambar Hiasan

Tags:

0 comments to "UiTM gagah mempertahankan warisan bangsa"

Leave a comment