An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Peluang niaga di Seksyen 13

Peluang niaga di Seksyen 13

SHAH ALAM: 10 tahun yang lepas, peniaga-peniaga di Stadium Malawati Shah Alam hanya menjalankan perniagaan dengan membuka bonet kereta dan menjual barangan antik sahaja.

Namun kini pelbagai jenis barangan dan makanan boleh didapati daripada peniaga-peniaga yang mempunyai tapak perniagaan mereka sendiri.

Bazarena sekarang mempunyai 500 peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan dan menjadi sebagai satu tarikan di Shah Alam kini.

Shahrin Ahmad, 38, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), berkata bazarena ini ditubuhkan kerana sebelum ini kawasan di stadium itu terlalu kosong dan sepi.

“Kalau dilihat jika tiada apa-apa aktiviti yang dijalankan di stadium seperti perlawanan bola sepak atau acara lain maka kawasan itu akan nampak lengang dan kosong.

“Jadi dengan adanya bazarena ini, penduduk dan komuniti di sekitar lembah Klang akan sering berkunjung ke situ dan lebih memeriahkan pagi Ahad setiap minggu,” katanya.


Tags:

0 comments to "Peluang niaga di Seksyen 13"

Leave a comment