An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Bersantai sambil menikmati panorama indah Bukit Cerakah

Bersantai sambil menikmati panorama indah Bukit Cerakah

Aktiviti beriadah merupakan satu terapi terbaik untuk merehatkan minda. 

Destinasi percutian di Malaysia menawarkan banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Bandaraya Shah Alam juga tidak lepas daripada menawarkan perkhidmatan percutian yang menarik bagi melakukan aktiviti lasak di samping meluangkan masa beriadah bersama keluarga tercinta dan juga buat golongan pelajar dalam melakukan aktiviti berfaedah. 

Taman Pertanian Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bukit Cerakah yang terletak di tengahtengah Bandaraya Shah Alam telah menukar nama destinasi percutian tersebut kepada Taman Botani Negara Shah Alam pada 1 Januari 2011 yang lalu untuk lebih berfokuskan kepada konsep kajian tentang betapa pentingnya alam semulajadi. 

Dengan keluasan 817 hektar, taman ini dipenuhi pelbagai spesis flora dan fauna termasuk ratusan spesis herba yang unik. Ia memaparkan pencapaian negara dalam pembangunan pertanian dan berfungsi sebagai pusat penyelidikan untuk pertanian, perikanan dan penternakan. 

Keindahan dan keunikannya telah  menggesa kementerian untuk membukanya kepada orang awam supaya mereka dapat menikmati keindahan dan kekayaan warisan pertanian negara.

Gambar Hiasan

Tags:

0 comments to "Bersantai sambil menikmati panorama indah Bukit Cerakah"

Leave a comment