An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Pentingnya Memelihara Kemerdekaan - Tun Mahathir

Pentingnya Memelihara Kemerdekaan - Tun Mahathir

SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu supaya terus bersatu padu dan mengukuhkan lagi perpaduan sesama mereka sekiranya ingin mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

“Merdeka bagi kita adalah perkara biasa, merupakan hak kita dan tidak perlu membincangkan tentang pengekalan merdeka.

“Tetapi harus diingat kemerdekaan itu boleh hilang samada secara langsung atau tidak langsung apabila kita berpecah belah,” tegasnya. 

Tun Dr. Mahathir
Beliau  berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Seminar Perdana Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa bertempat di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, baru-baru ini.

Hadir sama adalah Naib Canselor, Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, pengurusan kanan serta kakitangan universiti, pelajar-pelajar dan organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) Melayu serta jemputan luar. 

Tun Mahathir menerima cenderahati daripada Dr. Sahol Hamid

Tags:

0 comments to "Pentingnya Memelihara Kemerdekaan - Tun Mahathir"

Leave a comment