An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Kejayaan 4 Moon Booster wajar dimanfaatkan

Kejayaan 4 Moon Booster wajar dimanfaatkan

SHAH ALAM: Teknik penghasilan perangsang pada pokok kayu gaharu yang dicipta oleh Timbalan Dekan Fakulti Penyelidikan dan Jaringan Industri Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid telah berjaya menarik minat banyak pihak untuk terlibat dalam dunia gaharu.

            Hasil daripada produk perangsang gaharu yang diberi nama 4 Moon Booster ini seterusnya diekstrak menjadi minyak wangi, Royale Oud.

Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid
            Kejayaan ini memperlihatkan gabungan antara UiTM dengan Southern Farm Valley (Johore) Sdn. Bhd dalam program menandatangani memorandum persefahaman Enhancing the World of Fragrance through Malaysian Bio-Gaharu di Dewan Annexe di sini.     

            Idea penciptaan produk ini timbul setelah beliau meneliti dan mendapati terdapat anjuran dalam hadis yang menceritakan pelbagai keistimewaan pokok kayu gaharu yang boleh dimanfaati misalnya dalam bidang perubatan.

Produk-produk hasil dari 4 Moon Booster

Tags:

0 comments to "Kejayaan 4 Moon Booster wajar dimanfaatkan"

Leave a comment