An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Sosial pelajar berleluasa, salah siapa?

Sosial pelajar berleluasa, salah siapa?

SHAH ALAM: Mata masyarakat sering terusik dengan pemandangan dan persekitaran yang kurang menyenangkan berpunca daripada golongan muda yang rata-ratanya masih belajar, dan atas sebab ini, satu pemerhatian telah dijalankan bagi mengenal pasti kekurangan yang perlu dibaiki bagi meningkatkan lagi imej pelajar di mata masyarakat.

Bagi mengupas dan membincangkan mengenai perkara ini dengan lebih lanjut satu temubual eksklusif telah diadakan bersama Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Armyn Fahmy Mohd Fahmy.

Kebanyakan isu yang disuarakan oleh orang awam di Shah Alam ini adalah mengenai pelajar yang tidak mempamerkan identiti seorang yang terpelajar apabila berdua-duaan dengan mesranya di khalayak ramai di sekitar Shah Alam di mana majoriti terdiri daripada Melayu.

Gambar Hiasan
 Fahmy mengulas perkara ini dengan mengatakan tidak adil jika semua kesalahan ini dijatuhkan sepenuhnya terhadap pelajar UiTM kerana Shah Alam mempunyai banyak Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti Management & Science University (MSU), Politeknik, Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan lain-lain.

Pihak universiti pula jarang menerima aduan dari orang ramai mengenai perkara ini dan jika terdapat sebarang aduan ia akan diteliti dan siasatan akan dijalankan.

Tidak kiralah jika aduan itu daripada orang ramai atau pelajar kita sendiri tentang perkara yang melibatkan UiTM.

Dia menambah lagi, sesiapa yang ingin membuat aduan boleh berbuat demikian dengan pelbagai cara iaitu pesanan ringkas (sms), e-mail dan juga surat rasmi.


Tags:

0 comments to "Sosial pelajar berleluasa, salah siapa?"

Leave a comment