An Experimental Newspaper by Semester 4 (4C) Journalism Students

Home � Imej baru: Dinamik dan progresif

Imej baru: Dinamik dan progresif

SHAH ALAM: Setelah sekian lama, bas Universiti Teknologi MARA (UiTM) akhirnya muncul dengan wajah serta imej baru yang lebih dinamik dan progresif sempena mempromosi dan melancarkan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) bagi menyahut gagasan Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Jurureka Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM (HEPA), Darus Kasim berkata, matlamat utama perubahan ini adalah untuk menaikkan bangsa Melayu serta bumiputera menerusi bidang pendidikan khususnya kepada pelajar-pelajar miskin kerana ini berkait rapat dengan falsafah universiti ini sendiri.

“Perubahan ini bukan hanya melibatkan rekaan sahaja malah bentuk bas ini juga turut berubah,” kata Darus lagi ketika ditemu ramah.

Pelaksanaan rekabentuk ini dicapai melalui strategi dan pengurusan rekabentuk perindustrian yang sistematik selaras dengan halatuju dan identiti penjenamaan universiti.

DINAMIK - Imej korporat baru bas UiTM

Tags:

0 comments to "Imej baru: Dinamik dan progresif"

Leave a comment